Tampilkan postingan dengan label isu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label isu. Tampilkan semua postingan

Rabu, 13 Agustus 2014

Panas ! Adun BN Kuah Kantoi Isu Kedah Akan Bankrap Tahun 2013 !!!

24 November 2012

 


Dato Amiruddin sekolahkan ADUN2 BN isu Bajet 2013 akan mufliskan Kedah

ALOR SETAR - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato Ir. Amiruddin Hamzah menjelaskan dalam Persidangan DUN bahawa anggaran tinjauan premium tanah sebanyak RM150 untuk tahun 2013 adalah munasabah.

Dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada Persidangan DUN, YB Dato Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) membangkitkan persoalan berhubung Belanjawan Negeri 2013 yang menyaksikan sasaran Kerajaan Negeri mengutip premium tanah yang dianggarkan berjumlah RM150 juta pada tahun hadapan.

Jumlah berkenaan, katanya, terlalu tinggi memandangkan semenjak dari tahun 2007 lagi, purata tahunan premium tanah adalah sekitar RM40 juta setahun. Mahdzir membayangkan, sasaran RM150 juta pada tahun hadapan akan menyebabkan kenaikan kadar cukai dan premium tanah secara besar-besaran oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun Amiruddin menjelaskan bahawa pertambahan mendadak anggaran premium sebanyak RM113 juta dari anggaran tetap yang sedia ada adalah tinjauan one off yang melibatkan tiga tempat.

Pertama, bayaran premium satu projek besar yang akan dilaksanakan di Alor Setar yang turut melibatkan pampasan pengambilan jalan negeri sebanyak RM38 juta.

Keduanya, sebidang tanah di Langkawi yang telah dirampas sewaktu Mahdzir menjadi Menteri Besar atas sebab perundangan, kini bekas pemilik berminat untuk mendapatkannya semula. Perundingan telah berlaku dan kerajaan negeri dijangka mendapat RM30 juta selepas bekas pemilik membeli tanah itu semula.

Ketiga, ialah sebidang tanah di Daerah Bandar Baru milik kerajaan negeri, diambil balik oleh kerajaan negeri setelah ianya gagal dibangunkan oleh sebuah syarikat pemaju. Kini terdapat pihak yang berminat memajukan tanah tersebut dan anggaran tinjauan premium yang tinggi.

Amiruddin turut menjelaskan persoalan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Kuah) yang berkata, jangkaan tinjauan RM640 juta sedangkan perbelanjaan RM1.1 bilion menunjukkan defisit hampir 72 peratus. 


"Defisit ini lebih teruk daripada Greece. Ia seolah-olah Kerajaan Negeri telah mengisytiharkan Kedah akan bankrap pada tahun hadapan. Dewan Perniagaan Cina Negeri Kedah pun cakap, ekonomi di Kedah sedang masuk gear gostan," kata Nawawi.

Jelas Amiruddin, memang terdapat sumber tinjauan lain tetapi tidak dimasuk dalam sumber pendapatan negeri kerana ia diperakaunkan di bawah kumpulan wang berasingan. Antaranya ialah terimaan kumpulan wang pembangunan, kumpulan bekalan air, pemberian sahan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, pemberian pertambahan tinjauan dan penyelenggaraan jalan raya, oleh kerajaan Pusat.

"Soalan ini tidak patut dibangkitkan oleh ADUN Kuah yang bukan orang baru dalam Dewan, pernah jadi Exco dahulu (masa BN)," ujar Amiruddin.

Beliau memberi contoh Bajet 2008 yang dibuat oleh kerajaan terdahulu; jangkaan tinjauan cuma RM484 juta tetapi perbelanjaan sebanyak RM1,127 ianya tidak bermakna defisit RM643 juta.


Penjelasan yang dibuat oleh Amiruddin menyebabkan Nawawi bangun cuba berdolak dalik memberitahu bahawa beliau tidak menuduh kerajaan akan muflis tetapi hanya meminta penjelasan
.
kredit :kedahkini
ReadFull Article ..

Kamis, 26 Desember 2013

Bront Enggan Isu Nikah Terus Kecoh


PELAKON Bront Palarae membuat keputusan untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinannya di Hatyai, Thailand hujung tahun ini kerana tidak mahu isu berkenaan terus menjadi kecoh.

Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 34, berkata, dia juga enggan majlis itu nanti menjadi bualan ramai.

“Kalau pernikahan kecil ini pun dah kecoh, apalagi kalau saya buat majlis resepsi di Kuala Lumpur.

“Jadi adalah lebih baik saya adakan majlis di kampung ibu saya, Hatyai pada hujung tahun ini. Jika ada yang masih ingin mencari berita tentang saya, jemput datanglah,” katanya kepada mStar Online.

Bront ditemui pada majlis pratonton super telefilem NY Cinta di TGV Cinema, Sunway Piramid di sini pada Khamis.

Pernikahan Bront dengan kenalan lamanya yang berlangsung di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dekat sini pada 31 Ogos lalu menjadi kontroversi apabila pelakon itu berhajat menyembunyikan majlis itu.

Bagaimanapun tindakan Bront itu gagal apabila wartawan sebuah akhbar dapat menghidunya tetapi malang sekali pelakon tersebut meminta jurugambar memadam gambar-gambar pernikahan yang dirakamkan.

Majlis pernikahan tersebut hanya dihadiri oleh saudara terdekat pasangan itu. Kedua-dua mempelai telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kawasan Masjid At-Taqwa iaitu Muda Ali dengan mas kahwin sebanyak RM30.

Dalam pada itu Bront berkata dia dan isterinya ketawa membaca laporan mengenai pernikahan mereka yang menjadi sensasi.

“Sejujurnya, apabila membaca pelbagai berita tentang kami, kami tergelak tetapi dalam keadaan yang serius,” ujarnya yang enggan mendedahkan identiti isterinya itu.

Dalam pada itu, Bront turut berkongsi rasa gembira selepas seminggu bergelar suami dan mengakui bersedia untuk bergelar bapa.

“Sebelum ini saya dan isteri sudah lama berkawan dan apabila bergelar suami isteri perasaan pelik itu ada. Mungkin rasa tanggungjawab sebagai suami itu dah ada selain perkahwinan ini sekali gus buatkan saya rasa lebih matang.

“Malah saya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah pula,” tuturnya. – mStar
ReadFull Article ..