Tampilkan postingan dengan label enggan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label enggan. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 01 Maret 2014

Sudah 46 Hari Meninggal Masih Enggan Kebumi Anak

Maut

Ipoh – Bapa remaja yang mati tersepit di tingkap rumah jirannya di Taman Saz, Silibin, di sini, pada 20 Julai tetap bertegas untuk tidak mengebumikan jenazah anaknya walaupun Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini, semalam menolak permohonan untuk bedah siasat kedua ke atas mayat remaja itu.
Mohd Damanhuri Mohd Fuad, 50, yang ternyata kecewa dengan keputusan Hakim Datuk Zainal Adzam Abd Ghani, itu sebaliknya meneruskan pendirian untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan di Putrajaya, hari ini.
“Saya kecewa dengan keputusan itu dan sudah berbincang dengan peguam saya untuk memfailkan kes itu ke Mahkamah Rayuan,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan mahkamah, semalam.
Terdahulu, dalam penghakimannya Zainal Adzam berkata, mahkamah menolak permohonan berkenaan tidak mempunyai asas kukuh untuk dipertimbangkan dan akan menjadi satu urusan yang sia-sia jika bedah siasat kali kedua dibenarkan.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
Beliau berkata, afidavit pemohon hanya mempertikaikan satu saja punca kematian iaitu kesan lebam pada badan mangsa, sedangkan laporan bedah siasat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menyatakan dua sebab kematian iaitu akibat sesak nafas serta terdapat tiga jenis dadah dalam tubuh mangsa.
Langkah terbaik
Pada masa sama, Zainal Adzam turut meminta peguam pemohon membuat permohonan lebih jelas, tidak mengikut emosi, selain perlu menasihatkan anak guamnya mengenai langkah terbaik yang perlu diambil bagi kes itu.
“Sebagai peguam sepatutnya menasihatkan yang betul kepada anak guam, jangan cepat melatah dan membuat permohonan sesuka hati,” katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Aizam Shaerol, 27, dipercayai sesak nafas selepas gagal meloloskan diri menerusi tingkap berpalang besi di rumah jirannya itu sekitar jam 11 malam, dengan hanya berseluar pendek.
Sehingga kini, jenazah Aizam Shaerol masih ditempatkan di Unit Forensik HRPB, di sini, dan bapanya dikatakan hanya akan menjalankan upacara pengebumian selepas kes itu selesai. – BERITA HARIAN

ReadFull Article ..

Kamis, 26 Desember 2013

Bront Enggan Isu Nikah Terus Kecoh


PELAKON Bront Palarae membuat keputusan untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinannya di Hatyai, Thailand hujung tahun ini kerana tidak mahu isu berkenaan terus menjadi kecoh.

Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 34, berkata, dia juga enggan majlis itu nanti menjadi bualan ramai.

“Kalau pernikahan kecil ini pun dah kecoh, apalagi kalau saya buat majlis resepsi di Kuala Lumpur.

“Jadi adalah lebih baik saya adakan majlis di kampung ibu saya, Hatyai pada hujung tahun ini. Jika ada yang masih ingin mencari berita tentang saya, jemput datanglah,” katanya kepada mStar Online.

Bront ditemui pada majlis pratonton super telefilem NY Cinta di TGV Cinema, Sunway Piramid di sini pada Khamis.

Pernikahan Bront dengan kenalan lamanya yang berlangsung di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dekat sini pada 31 Ogos lalu menjadi kontroversi apabila pelakon itu berhajat menyembunyikan majlis itu.

Bagaimanapun tindakan Bront itu gagal apabila wartawan sebuah akhbar dapat menghidunya tetapi malang sekali pelakon tersebut meminta jurugambar memadam gambar-gambar pernikahan yang dirakamkan.

Majlis pernikahan tersebut hanya dihadiri oleh saudara terdekat pasangan itu. Kedua-dua mempelai telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kawasan Masjid At-Taqwa iaitu Muda Ali dengan mas kahwin sebanyak RM30.

Dalam pada itu Bront berkata dia dan isterinya ketawa membaca laporan mengenai pernikahan mereka yang menjadi sensasi.

“Sejujurnya, apabila membaca pelbagai berita tentang kami, kami tergelak tetapi dalam keadaan yang serius,” ujarnya yang enggan mendedahkan identiti isterinya itu.

Dalam pada itu, Bront turut berkongsi rasa gembira selepas seminggu bergelar suami dan mengakui bersedia untuk bergelar bapa.

“Sebelum ini saya dan isteri sudah lama berkawan dan apabila bergelar suami isteri perasaan pelik itu ada. Mungkin rasa tanggungjawab sebagai suami itu dah ada selain perkahwinan ini sekali gus buatkan saya rasa lebih matang.

“Malah saya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah pula,” tuturnya. – mStar
ReadFull Article ..