Tampilkan postingan dengan label tahun. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tahun. Tampilkan semua postingan

Rabu, 13 Agustus 2014

Panas ! Adun BN Kuah Kantoi Isu Kedah Akan Bankrap Tahun 2013 !!!

24 November 2012

 


Dato Amiruddin sekolahkan ADUN2 BN isu Bajet 2013 akan mufliskan Kedah

ALOR SETAR - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato Ir. Amiruddin Hamzah menjelaskan dalam Persidangan DUN bahawa anggaran tinjauan premium tanah sebanyak RM150 untuk tahun 2013 adalah munasabah.

Dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada Persidangan DUN, YB Dato Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) membangkitkan persoalan berhubung Belanjawan Negeri 2013 yang menyaksikan sasaran Kerajaan Negeri mengutip premium tanah yang dianggarkan berjumlah RM150 juta pada tahun hadapan.

Jumlah berkenaan, katanya, terlalu tinggi memandangkan semenjak dari tahun 2007 lagi, purata tahunan premium tanah adalah sekitar RM40 juta setahun. Mahdzir membayangkan, sasaran RM150 juta pada tahun hadapan akan menyebabkan kenaikan kadar cukai dan premium tanah secara besar-besaran oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun Amiruddin menjelaskan bahawa pertambahan mendadak anggaran premium sebanyak RM113 juta dari anggaran tetap yang sedia ada adalah tinjauan one off yang melibatkan tiga tempat.

Pertama, bayaran premium satu projek besar yang akan dilaksanakan di Alor Setar yang turut melibatkan pampasan pengambilan jalan negeri sebanyak RM38 juta.

Keduanya, sebidang tanah di Langkawi yang telah dirampas sewaktu Mahdzir menjadi Menteri Besar atas sebab perundangan, kini bekas pemilik berminat untuk mendapatkannya semula. Perundingan telah berlaku dan kerajaan negeri dijangka mendapat RM30 juta selepas bekas pemilik membeli tanah itu semula.

Ketiga, ialah sebidang tanah di Daerah Bandar Baru milik kerajaan negeri, diambil balik oleh kerajaan negeri setelah ianya gagal dibangunkan oleh sebuah syarikat pemaju. Kini terdapat pihak yang berminat memajukan tanah tersebut dan anggaran tinjauan premium yang tinggi.

Amiruddin turut menjelaskan persoalan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Kuah) yang berkata, jangkaan tinjauan RM640 juta sedangkan perbelanjaan RM1.1 bilion menunjukkan defisit hampir 72 peratus. 


"Defisit ini lebih teruk daripada Greece. Ia seolah-olah Kerajaan Negeri telah mengisytiharkan Kedah akan bankrap pada tahun hadapan. Dewan Perniagaan Cina Negeri Kedah pun cakap, ekonomi di Kedah sedang masuk gear gostan," kata Nawawi.

Jelas Amiruddin, memang terdapat sumber tinjauan lain tetapi tidak dimasuk dalam sumber pendapatan negeri kerana ia diperakaunkan di bawah kumpulan wang berasingan. Antaranya ialah terimaan kumpulan wang pembangunan, kumpulan bekalan air, pemberian sahan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, pemberian pertambahan tinjauan dan penyelenggaraan jalan raya, oleh kerajaan Pusat.

"Soalan ini tidak patut dibangkitkan oleh ADUN Kuah yang bukan orang baru dalam Dewan, pernah jadi Exco dahulu (masa BN)," ujar Amiruddin.

Beliau memberi contoh Bajet 2008 yang dibuat oleh kerajaan terdahulu; jangkaan tinjauan cuma RM484 juta tetapi perbelanjaan sebanyak RM1,127 ianya tidak bermakna defisit RM643 juta.


Penjelasan yang dibuat oleh Amiruddin menyebabkan Nawawi bangun cuba berdolak dalik memberitahu bahawa beliau tidak menuduh kerajaan akan muflis tetapi hanya meminta penjelasan
.
kredit :kedahkini
ReadFull Article ..

Minggu, 02 Februari 2014

Kembali Bercinta Rancang Nikahi Almy Tahun Depan



Pelakon Fizz Fairuz, 34 mengaku dia kini bercinta semula dengan pelakon Almy Nadia selepas hubungan mereka kembali rapat sejak beberapa bulan lalu.

“Kami dah bercinta semula. Saya tak nak tunggu lama-lama. Kalau tiada aral melintang, InsyaAllah saya bercadang mahu menjadikan Almy sebagai isteri saya yang sah secepat mungkin.

“Tapi sebelum tu saya perlu lah berjumpa dengan keluarganya dulu dan berbincang. Setakat ni tak ada apa-apa lagi. Tapi saya sebolehnya tak nak bertunang, nak terus nikah. InsyaAllah saya rancang nak kahwin tahun depan”, ujar Fizz Fairuz kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui di booth camp Liga Lawak Superstar, di Hulu Langat, semalam.

Pelakon drama dan filem fenomena, Nur Kasih ini berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh mana kesahihan dia dan Almy kembali menjalin hubungan cinta bekas teman wanitanya itu.

Sebelum ini Fizz dan Almy adalah pasangan kekasih namun hubungan selama tujuh tahun mereka berakhir dengan perpisahan. Fizz kemudiannya bertunang dengan seorang gadis pada Februari tahun ini. Namun ikatan pertunangannya mencetuskan kontroversi apabila terbongkar rahsia bahwa tunangnya itu adalah isteri orang.

Ditanya lebih lanjut mengenai percintaannya kali ini, Fizz berkata dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi dan tidak mahu memaksa Almy untuk menerima dirinya. Pun begitu dia mengakui Almy seorang wanita yang sempurna di matanya.

“Lepas apa yang jadi, bukan dia saja yang percaya pada saya malah ramai orang masih percaya saya. Malah ada juga wanita lain cuba mendekati saya. Mungkin ini yang dikatakan jodoh. Sebelum ini pun kami dah kenal antara satu sama lain selama tujuh tahun. Dia dah tahu saya macam mana, saya dah tahu dia macam mana”,

“Tapi saya tak paksa dia kembali pada saya. Saya tak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Jodoh tu semua ketentuan Allah, Iyalah, siapa yang nak kan ‘duda’ macam saya ni. “, selorohnya.

Selain itu Fizz juga memberitahu dia rapat dengan anak angkat Almy, iaitu Nur Afrina. Malah kanak-kanak berusia empat tahun itu memanggil Fizz dengan panggilan ‘papa’.

“Saya rapat dengan anak angkat dia. Dia panggil saya papa. Hari-hari Afrina hubungi saya. Tapi dengan Almy, memang kami jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan kerja. Hanya kadang-kadang kami berbual di telefon”, katanya yang kini sibuk dengan tanggungjawanb sebagai guru seni persembahan program realiti Akademi Fantasia (AF 2013). – Malaysian Digest
ReadFull Article ..

Senin, 16 Desember 2013

Perkosa 3 Anak Mereka Pasangan Ini Dipenjara 17 Tahun

Jumat, 17/05/2013 

 Oslo - Pasangan kekasih di Norwegia diadili kerana berhubungan seks dengan anak-anak mereka. Keduanya memperkosa dan melakukan kekerasan seksual terhadap ketiga anak laki-laki mereka selama 2 tahun.

Lelaki berusia 30 tahun dan wanita berusia 39 tahun itu didakwa atas kekerasan seksual dan fisikal terhadap anak-anak mereka, sejak mereka masih kecil. Dua anak merupakan anak kandung pasangan ini, sedangkan satu anak merupakan hasil hubungan sebelumnya dari si wanita.

Kini, ketiga anak ini berusia 6 tahun, 7 tahun dan 17 tahun. Mereka tinggal secara terpisah dengan keluarga angkat masing-masing. Demikian seperti dilansir AFP, Jumaat (17/5/2013).

Pasangan bejat tersebut dibicarakan di Mahkamah Oevre Romerike, Norway. Pada Khamis (16/5), mahkamah mendapati keduanya bersalah dan dijatuhi hukuman 17 tahun penjara.

Di perbicaraan terungkap, anak-anak tersebut tidak diberi makan, kemudian dipukuli dan dikunci di dalam ruang bawah tanah. Tidak hanya itu, mereka juga diperkosa dan dipaksa melakukan tindakan seksual satu sama lain, di dalam ruangan yang disiapkan oleh kedua pelaku.

Pasangan ini hidup berpindah-pindah sebanyak 14 kali demi menghindari inspeksi petugas dinas sosial dan agar perbuatan jahat mereka tidak ketahuan. Hingga akhirnya, perbuatan mereka terbongkar pada 2011 dan dua anak yang masih kecil ditempatkan di rumah asuhan dan mengungkapkan pengalaman pahit mereka.

Dalam perbicaraan, kedua pelaku masih mengaku tidak bersalah atas dakwaan yang dijeratkan. Mereka bahkan menyebut dakwaan tersebut direkayasa. Namun terhadap hukuman yang dijatuhkan, keduanya mengajukan rayuan ke mahkamah tinggi.

"Pendakwa menyebut kes ini sebagai kes kekerasan seksual yang paling serius yang pernah dibicarakan di Mahkamah Norway. Mahkamah pun setuju," demikian bunyi salah satu poin dalam keputusan mahkamah.

Selain dihukum penjara, kedua pelaku juga diwajibkan membayar denda sebanyak 450 ribu kroner   bagi setiap anak. detikNews
ReadFull Article ..