Kamis, 30 Januari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » Minda Petua kebahagiaan rumah tangga

Minda Petua kebahagiaan rumah tangga

Petua kebahagiaan rumah tangga


Dalam kehidupan seorang lelaki apabila seseorang itu sudah mampu memikul beban berkeluarga serta sudah mempunyai calon isteri digalakkan segera berumah tangga. Melalui ikatan perkahwinan lelaki dan wanita disatukan dalam ikatan yang sah sebagai suami isteri. Perkahwinan akan menambahkan kasih sayang antara dua insan untuk mencapai ‘rumahku syurgaku’.Pada asasnya Islam menggalakkan memilih calon isteri dengan agama dan akhlak yang baik, nescaya akan mendapat berkat disebabkan isteri itu dan dia pun diberkati kerana suaminya. Perkahwinan dan pernikahan mestilah diasaskan atas dasar kasih sayang, cinta dan keadilan.Allah berfirman bermaksud: “Dan jika Ente khuatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bila mana Ente menikahinya), maka nikahilah perempuan (lain) yang Ente senangi, dua, tiga atau empat. Tetapi jika Ente khuatir tidak akan mampu berlaku adil maka (nikahilah) seorang saja, atau hamba sahaya perempuan yang Ente miliki. Yang demikian itu lebih dekat agar Ente tidak berbuat zalim.” (An-Nisa’: 3) Antara suami dan isteri harus terjalin perasaan cinta, kasih sayang dan tanggungjawab. Cinta bersifat subjektif, iaitu untuk kepentingan yang mencintai, sedangkan kasih sayang bersifat objektif iaitu untuk kepentingan yang disayangi. Manakala tanggungjawab adalah berlandaskan keimanan.Antara kewajipan suami terhadap isteri adalah membayar mahar secara sempurna. Menggauli isteri dengan cara baik. Mengajar selok-belok agama iaitu akidah, ibadah dan akhlak. Menjauhi sifat bermegah-megah dan bersikap adil. Menaruh rasa cemburu atas dasar agama dan kehormatan iaitu sesuatu yang berbentuk pandangan, perkataan dan perasaan.Ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan berikanlah mas kahwin (mahar) kepada perempuan (yang Ente nikahi) sebagai pemberian yang penuh kerelaan. Kemudian, jika Ente menyerahkan kepada Ente sebahagian daripada mas kahwin) itu dengan senang hati, maka terimalah dan nikmati pemberian itu dengan senang hati.” (Surah An-Nisa’: 4) Sementara, kewajipan isteri terhadap suami adalah mengakui kepemimpinan suami. Taati suami dan memohon izin suami apabila hendak keluar rumah. Selain itu, zahirkan kegembiraan di hadapan suami, menghindari sikap sombong dan bermegah-megah. Sentiasa menjaga makan minum suami dan kebersihan diri.Keluarga kecil dalam sebuah rumah tangga akan membentuk keluarga besar dalam ikatan masyarakat dan memberi kekuatan kepada negara. Suami jangan berfikiran untuk menceraikan isteri atau sering mengancamnya dengan perkataan cerai. Jangan mempermainkan ucapan ‘cerai’ kerana menurut agama ucapan itu boleh dianggap serius.Di pihak suami tidak boleh membenci isteri disebabkan tidak senang perbuatannya. Tidakkah suami menyedari bahawa jauh lebih banyak perbuatan isteri yang baik dan menyenangkan? Jadikan isteri sebagai kekasih, teman, sahabat paling akrab ketika mengharungi susah senang dalam rumah tangga.Dalam hal ini Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jangan seorang Mukmin lelaki membenci Mukmin Perempuan. Apabila dia membencinya dari satu segi tentu akan menyenangi dari segi yang lain.” (Riwayat Muslim) Sementara isteri tidak boleh membebani suami dengan terlalu banyak menuntut nafkah. Isteri boleh membantu suami untuk meringankan biaya kehidupan keluarga. Isteri jangan membantah suami dalam kebaikan, bersikap malas, mengingkari kebaikan suami atau mengabaikan tugas utamanya sebagai isteri dan ibu dalam rumah tangga.Isteri juga mestilah menjaga penampilan. Berpakaian kemas, bersih dan harum di hadapan suami. Sebaliknya, suami juga harus selalu bersih di hadapan isteri dan mengenakan pakaian yang menunjukkan ketampanan. Suami isteri hendaklah saling bertutur dengan baik dan lembut.Dalam rumah tangga, suami isteri perlu elak mencari kesalahan satu sama lain, tetapi bertoleransi dan bersikap saling memaafkan. Suami isteri harus menyayangi keluarga kedua-dua pihak. Tanggungjawab suami harus menjaga keimanan dan pelaksanaan ibadah seluruh ahli keluarga.Suami isteri harus memelihara, mengasuh dan mendidik sendiri anak dengan didikan agama, akhlak dan keimanan. Kebijaksanaan suami akan membentuk kehidupan rumah tangga yang ceria, bahagia dan harmoni. Apabila kebahagiaan daripada cinta dapat diwujudkan dalam perkahwinan akan tercapailah syurga di dunia.Fenomena masa kini, berlakunya perceraian suami isteri disebabkan kurangnya ilmu perkahwinan dan rumah tangga menyebabkan anak terabai. Masalah kewangan juga menjadi sebahagian punca perceraian di samping kehidupan yang terlalu bebas, boros, berfoya-foya menyebabkan salah seorang pasangan berubah hati. Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka.” (At-Tahrim: 5) Tokoh Islam, Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qrani berkata, hiduplah dalam sederhana dan jauhi hidup berfoya-foya, boros dan berlebih-lebihan. Sebabnya, setiap kali badan diajak berfoya-foya, jiwa akan menjadi semakin sempit.Apabila terjadi ketegangan dalam hubungan suami isteri, hendaklah isteri mengalah dan menahan diri dengan kesabaran. Setelah suasana reda dan dingin, hendaklah isteri mendekati suami dan berbicara dengan lemah- lembut, begitu juga hendaknya dilakukan suami. Dalam memperkukuhkan perkahwinan, faktor persaudaraan keluarga kedua-dua belah pihak juga penting diambil kira. Ikatan silaturahim di kalangan keluarga suami dan isteri perlu dieratkan untuk membantu mewujudkan kesejahteraan, perpaduan, kerjasama dan keharmonian ummah dan negara. Sesungguhnya, perkahwinan bahagia adalah hidup dalam penuh keimanan, kesederhanaan, saling bantu membantu, saling mempercayai yang menjadi pengikat kasih berpanjangan. Setiap perkahwinan memerlukan perhatian daripada suami dan isteri dalam segala hal. Tanggungjawab terhadap anak juga adalah faktor penting ke arah mewujudkan keluarga bahagia dalam sebuah perkahwinan yang berpanjangan hingga ke akhir hayat.Dr Aminudin ialah penulis bebas berkelulusan PhD Persuratan Melayu UKM, Bangi

Tidak ada komentar:

Posting Komentar