Tampilkan postingan dengan label sudah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sudah. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 01 Maret 2014

Sudah 46 Hari Meninggal Masih Enggan Kebumi Anak

Maut

Ipoh – Bapa remaja yang mati tersepit di tingkap rumah jirannya di Taman Saz, Silibin, di sini, pada 20 Julai tetap bertegas untuk tidak mengebumikan jenazah anaknya walaupun Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini, semalam menolak permohonan untuk bedah siasat kedua ke atas mayat remaja itu.
Mohd Damanhuri Mohd Fuad, 50, yang ternyata kecewa dengan keputusan Hakim Datuk Zainal Adzam Abd Ghani, itu sebaliknya meneruskan pendirian untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan di Putrajaya, hari ini.
“Saya kecewa dengan keputusan itu dan sudah berbincang dengan peguam saya untuk memfailkan kes itu ke Mahkamah Rayuan,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan mahkamah, semalam.
Terdahulu, dalam penghakimannya Zainal Adzam berkata, mahkamah menolak permohonan berkenaan tidak mempunyai asas kukuh untuk dipertimbangkan dan akan menjadi satu urusan yang sia-sia jika bedah siasat kali kedua dibenarkan.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
Beliau berkata, afidavit pemohon hanya mempertikaikan satu saja punca kematian iaitu kesan lebam pada badan mangsa, sedangkan laporan bedah siasat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menyatakan dua sebab kematian iaitu akibat sesak nafas serta terdapat tiga jenis dadah dalam tubuh mangsa.
Langkah terbaik
Pada masa sama, Zainal Adzam turut meminta peguam pemohon membuat permohonan lebih jelas, tidak mengikut emosi, selain perlu menasihatkan anak guamnya mengenai langkah terbaik yang perlu diambil bagi kes itu.
“Sebagai peguam sepatutnya menasihatkan yang betul kepada anak guam, jangan cepat melatah dan membuat permohonan sesuka hati,” katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Aizam Shaerol, 27, dipercayai sesak nafas selepas gagal meloloskan diri menerusi tingkap berpalang besi di rumah jirannya itu sekitar jam 11 malam, dengan hanya berseluar pendek.
Sehingga kini, jenazah Aizam Shaerol masih ditempatkan di Unit Forensik HRPB, di sini, dan bapanya dikatakan hanya akan menjalankan upacara pengebumian selepas kes itu selesai. – BERITA HARIAN

ReadFull Article ..

Minggu, 23 Februari 2014

Adakah dunia sudah terbalik


Seekor anjing menyelamatkan seorang bayi daripada mati yang dibuang di tapak pembuangan sampah. Anjing itu dinobatkan sebagai wira kerana menyelamatkan bayi perempuan yang diletakkan dalam beg plastik. Anjing itu telah membawa bungkusan beg plastik pulang ke rumahnya dan diserahkan kepada pemiliknya, Gumnerd Thongmak dan menyalak kuat untuk menarik perhatian. Anak saudara Gumnerd, Sudarat, 12, kemudian membuka beg plastik itu dan mendapati di dalamnya ialah seorang bayi perempuan.


Pemilik anjing tersebut kemudiannya terus menghantar bayi tersebut ke hospital. Menurut Gumnerd, anjingnya tidak pernah membawa sebarang bungkusan pulang ke rumah sebelum ini tetapi hanya akan menyalak dengan garang jika bertemu dengan orang luar. Menurut doktor, bayi malang itu dilahirkan pra matang kerana beratnya hanya empat paun tetapi berada dalam keadaan sihat. Pihak berkuasa masih lagi berusaha menjejaki ibu bapa bayi berkenaan. -AP
ReadFull Article ..

Jumat, 14 Februari 2014

Anak kecil yang dibawa ibunya ke sidang parlimen sudah besar


Dia bernama Licia Ronzulli seorang anggota parlimen di Eropah yang membawa bayinya yang beumur 1 bulan ke dalam sidang parlimen di Strasbourg kerana ingin menjaga sendiri anaknya Dia mungkin ingin membuktikan anggota parlemen juga manusia.
gambar semasa anak kecil

Kini anaknya telah besardan semakin comel.Ini membuktikan ibu yang berkarier sebenarnya boleh membesarkan ankanya sendiri.Ini semua berbalik pada kemahuan diri sendiri,sama ada mahu atau tidak.Bagi wanita ini dia  bukan tak ada pembantu rumah tetapi dia mahu melihat anaknya membesar didepan mata.Gambar dibawah anak yang kecil mula membesar...
Wanita ini membuktikan walau sesibuk manapun anak menjadi
keutamaan baginya..
borak kosong
ReadFull Article ..

Jumat, 27 Desember 2013

Awi Rafael Sudah Temui Pengganti Hanez Suraya


Setelah beberapa bulan hubungan cinta antara penyanyi Awi Rafael dan pelakon Hanez Suraya berakhir, tersebar khabar angin mendakwa kononnya Awi Rafael mula menjalinkan hubungan cinta dengan Sasha Saidin.

Dan dalam masa yang sama timbul juga spekulasi yang mengatakan bahawa Hanez Suraya sudah bertemu teman lelaki baru, berikutan tersebarnya beberapa foto mesra mereka sekitar 17 September lalu.

Bagaimanapun, masing-masing telah menepis khabar angin tersebut dan menjelaskan bahawa hubungan mereka sekadar teman biasa sahaja.

Terbaru, penyanyi yang popular dengan lagu Kalau Aku Kaya ini dikatakan sudah menemui cinta baru. Gosip tersebut dikukuhkan lagi ekoran Awi memuat naik beberapa fotonya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Anne.

Ramai peminat yang memuji kecantikan gadis itu. Akan tetapi Awi telah membalas respon tersebut dengan menjelaskan bahawa dia dan Sarah sekadar teman biasa dan tiada sebarang ikatan istimewa antara mereka. Hmm…

Sumber: Malaysian Digest
ReadFull Article ..