Tampilkan postingan dengan label senyum. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label senyum. Tampilkan semua postingan

Jumat, 07 Maret 2014

senyum sejenak



Salam tengahari to all bloggers...

mari kita merejatkan minda kita yang berserabut dengan membaca citer2 lawak nie...
mana ler tau ada yang tgh stess ker boleh gak tenangkan fikiran dan mampu tersenyum...
hehehehehe...
kuningkan harimu.....

Cerita 1

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.



Cerita 2

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,”Ala… releks le, aku ni kan anjing laut.”



Cerita 3

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.”Atok buat apa tu?” “Atok bagi surat kat kawan atok, cu!”jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,”Apa ******* sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?”



Cerita 4

Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,”Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih.”

Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.



Cerita 5

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,”Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami.”

“Mmmmm… entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu….”



Cerita 6

ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk dan menekan butang 2 dan kemudian butang 4, manakala saya lak menekan butang 18 untuk ke tingkat 18. lift pun naik la dan berhenti di tingkat 2, tp wanita tue tak keluar. kemudian lift berhenti pulak di tingkat 4, tp wanita tue pun tak keluar juga dan lift pun mula naik. maka bertanyalah saya pd wanita tue, “akak(sbb nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik..”
“ooo.. saya nak ke tingkat 24″, jawabnya selamba..”tp td akak tekan butang 2 dan 4″ tanya saya lagi tak puas ati.. “astaga!!! nilah akibatnya kalau terlalu lama bekerja dgn kalkulator”sambil menggaru kepala…




Cerita 7

Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru dimilikinya. “Bayangkan ! komputer saya ini setiap hari mampu menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya”. “Lho … kenapa Ente tidak membeli dua komputer” sahut temannya..



Cerita 8

Pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya kerna tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah2 belaka.. jd,bapanya membanding2kan anaknya dengan anak jirannya yang cerdik dan pandai...
bapa : “Ente tak penah belajar ke? lihat anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah2. dia anak yg cerdik.. tak macam Ente, malas betull..”
kerana kesal dibanding2 si anak menjawab: “yelaaaa bapa... anak jiran sebelah kan bapanya cerdik…..” bapa : ??



Cerita 9

Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan
segera untuk memesan minuman ringan. setelah pesanan sampai,
mereka masing2 keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan.
pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus
menuju ke arah mereka dan seraya berkata, “Maaf en, anda tidak
dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!”.. maka dua org
sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula
menukar sandwich memasing...



Share

Follow fadah5 on Twitter
ReadFull Article ..

Rabu, 12 Februari 2014

Belajar lah untuk senyum walaupun dalam internet

Rasanya semua orang sudah tahu, bahawa senyum itu satu sedekah. Tetapi berapa ramai yang mahu mengambil peluang bersedekah dengan senyum, terutamanya dalam internet?

Dari Abu Dzar ra., Rasulullah S.a.w bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah." (Hadith Riwayat Bukhari)

Kenapa kita digalakkan untuk senyum di hadapan manusia lain? Adakah untuk menunjukkan kita ini seorang yang happy? Adakah untuk mempamerkan kejelitaan dan kehandsoman kita? Adakah untuk menunjuk-nunjuk bibir kita yang manis? Adakah agar orang mengatakan kita gila kerana senyum sorang-sorang? Apa kesan dari kita senyum?

Ketahuilah, dengan kita senyum (senyuman yang ikhlas), dapat menenangkan / melegakan hati orang yang kita berinteraksi. Dengan itu, tidak lah mudah menjadi buruk sangka atau gundah-gulana dengan tingkah laku kita.

Sekurang-kurangnya jika kita senyum, kita tidak dipandang sombong, angkuh, jenis pemarah dan seumpamanya. Dan orang yang berinteraksi dengan kita pun tidak susah hati.

Adakah kita suka kalau dapat menyusahkan hati sesama Islam / mukmin? Walaupun kita sedang menasihatinya, adakah kita nasihat dalam keadaan benci atau sayang?  

Adakah kita nasihat untuk kebaikan dirinya atau sekadar mahu melepaskan kemarahan anda dan menunjuk-nunjuk bahawa anda seorang yang lebai dan baik?

Adakah kita nasihat orang lain sekadar untuk kepuasan hati kita ini? Tanya , jangan tak tanya diri kita.

Maka perbandingannya di dalam internet / realiti maya ini, ganti senyum ialah dengan menaip tanda ini  :-)

Berat sangatkah untuk menaipnya? Mahal sangat kah kita untuk senyum dan melegakan hati orang yang kita berinteraksi dengannya? 

Hampir semua orang yang menggunakan internet tahu bahawa tanda :-) mewakili senyum. Mengapa susah sangat untuk menggunakannya ketika kita berinteraksi dengan orang lain?

Jika dalam penulisan artikel, tidak mengapalah jarang digunakan pun, kerana penulisan artikel seumpama bercakap di khalayak ramai atau di atas pentas. Dan rasanya akan kekok dan janggal suatu artikel itu jika terlalu banyak tanda :-). Tetapi berlainan jika kita chat secara peribadi, atau komen di ruangan komen terhadap seseorang.  Itu sudah diibaratkan kita bersemuka person to person.

Jangan ingat akhlak itu hanya di dunia luar, kerana akhlak itu mencerminkan peribadi kita walau di mana kita berada. Maka jika tanda :-) mewakili senyum, orang-orang yang menggunakan akalnya dengan baik akan tetap menggunakannya dalam internet, sekurang-kurangnya untuk bersedekah dan menjaga hati saudaranya.

Lagi pun kita tidak tahu, dikala kita bersembang atau chatting itu , saudara kita di sana sedang runsing, susah hati, ada masalah dan sebagainya. Maka sekurang-kurangnya kita tidak jadi penambah beban seseorang.

Rasulullah S.a.w bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (Hadith Riwayat Tirmizi dan Abu Dzar).

Rasulullah S.a.w bersabda, "Janganlah Ente meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu." (Hadith Riwayat Muslim).

Imam Ibnul Qoyyim r.a dalam bukunya al-Wabil ash-Shayyib berkata, "Sesungguhnya sedekah boleh memberikan pengaruh yang menakjubkan untuk menolak berbagai bencana, walaupun pelakunya orang yang Fajir (pendosa), zalim, atau bahkan orang kafir."


Kesimpulan

Maka untuk mengelakkan berlaku fitnah dan salah anggapan dalam alam maya ini, marilah kita sama-sama amalkan senyum dengan selalu menaip :-). Bukannya susah pun, dan tak jatuhnya maruah kita dengan mengamalkan menaipnya.

Ikhlas atau tidak ikhlas senyuman kita itu adalah urusan kita dengan Allah pula lah. Sekurang-kurangnya kita sudah amalkan perkara yang sepatut dan sebaiknya.

Begitu juga dengan penggunaan gaya bahasa. Sekurang-kurangnya cubalah untuk tidak terlaluterburu-buru untuk chatting, dan berhati-hati dalam menyusun ayat. Dan semoga kita sama-sama dapat mengelakkan dari penggunaan kata-kata kesat, sekalipun kita berada di dalam internet.  :)




sumber:http://unikversiti.blogspot.com/2011/10/belajar-lah-untuk-senyum-walaupun-dalam.html

ReadFull Article ..