Tampilkan postingan dengan label kena. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kena. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 21 Desember 2013

Lelaki mahu beli tanah kena tipu RM66 000

IPOH - Seorang pekebun sayur ditipu oleh seorang lelaki yang mendakwa sebagai anak saudara kepada seorang bekas ahli Parlimen dalam urusan pembelian tanah yang mengakibatkan kerugian lebih RM66,000 awal tahun lalu. 

Chiew Kok Kheong, 43, dari Chemor dekat sini berkata, dia menyerahkan wang tersebut secara tunai selain mendepositkan ke dalam akaun bank isteri lelaki terbabit sebelum menyedari dia telah diperdaya.

Berikutan itu dia telah membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit dan menyerahkan bukti slip pembayaran kepada pihak berkuasa tetapi sehingga sekarang tiada tindakan diambil.

"Saya diperdaya kononnya suspek memiliki lebih 323 hektar tanah ladang kelapa sawit dan getah di Gerik serta Sungai Siput.
"Dia memberi jaminan bahawa saya boleh mengusahakan ladang-ladang tersebut, menoreh getah dan memetik sawit, namun malangnya dia gagal membuktikan ladang-ladang itu wujud," dakwanya.

 kosmo.com.my
ReadFull Article ..

Senin, 16 Desember 2013

Anjing Merempat juga kena gas pemedih mata

Demonstran Turki Bantu Anjing Jalanan (Foto: Twitter)
Demonstran Turki Bantu Anjing Jalanan (Foto: Twitter)
ISTANBUL – Kekerasan pihak berkuasa Turki tidak hanya diterima para demonstran. Anjing jalanan pun ikut menjadi korban gas pemedih mata polis.
 
Kota Istanbul memang didiami banyak anjing. Mereka dianggap sebagai hewan jinak dan jarang membuat masalah.
 
Tindakan polis  menyerang anjing jalanan dikecam banyak warga. Mereka menganggap aksi pihak berkuasa sudah melebihi batas.
 
“Polis  Istanbul membunuh  kumpulan anjing liar. Menembak  mereka dengan gas pemedih mata dan peluru karet,” tulis akaun twitter Khaled Akil, seperti dikutip Atlantic Wire, Rabu (5/6/2013).
 
Para demonstrans tidak tinggal diam melihat kekejaman polis  terhadap hewan itu. Mereka membantu mencuci mata anjing-anjing jalanan dari zat gas pemedih mata.
 
Gas pemedih mata memang jadi senjata andalan polis  Turki. Sebelumnya, foto seorang perempuan bergaun merah yang menerima serangan gas pemedih mata beredar luas di dunia maya. Perempuan itu pun dijadikan simbol protes anti-pemerintah di Turki.okezone
ReadFull Article ..