Senin, 30 Desember 2013

Waran Tangkap Pengendali Blog Papagomo


SHAH ALAM – Mahkamah tinggi di sini, semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap pengendali blog Papagomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris, selepas didapati gagal hadir dalam kes perlanggaran perintah hak jagaan sementara dan penyerahan dua anak perempuannya.

Hakim Syarie, Mohammad Adib Hussain mengeluarkan perintah berkenaan selepas mendengar permohonan daripada peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, yang mewakili bekas isteri Wan Muhammad Azri, iaitu Bellina Omar Sharifuddin Chin, 28.

Mohd Zaidi berkata, Bellina sudah hampir setahun tidak menemui anak-anaknya yang kini dijaga bekas suaminya itu.

Beliau berkata, notis tunjuk sebab telah diserahkan sendiri kepada Wan Muhammad Azri pada 7 November lalu.

“Defendan sendiri telah pun menerima dan menandatangani notis berkenaan namun sehingga kini dia gagal beri sebab tidak hadir ke prosiding kes,” katanya.

Pada 2 September lalu, mahkamah yang sama telah memerintahkan Wan Muhammad Azri menyerahkan dua anak mereka kepada bekas isterinya, tetapi dia gagal berbuat demikian.

Susulan itu, Bellina memfailkan notis tunjuk sebab terhadap Wan Muhammad Azri pada 1 Oktober lalu kerana melanggar perintah tersebut.

Hakim berkata, waran tangkap akan dikeluarkan mahkamah dan dilaksanakan oleh anggota polis atau penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi).

Beliau menetapkan 28 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Pasangan tersebut berkahwin pada 25 Februari 2006 dan bercerai talak satu pada 24 September tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Cassandra, 4, dan Wan Camillea, 2. - Sinar Harian Online
ReadFull Article ..

GAMBAR WANITA BERSAMA ULAT GERGASI PELIHARAANNYA

geli siot.....


ReadFull Article ..

Minggu, 29 Desember 2013

16 Dibakar Hidup Hidup Pertempuran Etnik

Afrika

CONAKRY – Sekurang-kurangnya 16 orang dibakar hidup-hidup atau ditikam sehingga mati manakala berpuluh lagi cedera dalam pertempuran etnik di negeri Guinea, barat Afrika, kata pegawai tempatan hari ini.
Keganasan berlaku di kawasan hutan di selatan negeri, awal pagi semalam apabila pengawal stesen minyak dari suku Guerze memukul sehingga mati seorang remaja etnik Konianku kerana dituduh mencuri.
Pertempuran merebak dengan cepat ke wilayah bandar N’Zerekore, 570 kilometer di tenggara Conakry, mengakibatkan beberapa kediaman musnah.
“Keganasan yang direkodkan sejak Isnin di Koule, dan kemudian di N’Zerekore, merekodkan 16 orang mati dan kira-kira 80 cedera,” kata jurucakap kerajaan, Albert Damatang Camara. – AFP
ReadFull Article ..

Tumbangkan Dinasti BN Dengan Angka

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin
Dalam politik Malaysia angka sering menjadi perhatian ramai. Angka-angka yang diterbitkan oleh media-media massa di Negara ini sama ada media bercetak atau media di alam siber memberi banyak makna.
Bercakap tentang angka sudah tentu Sharizat dan keluarganya mendahului. Kita percaya angka RM 250 juta yang diamanahkan untuk digunakan bagi pembelian lembu tetapi disalahguna bagi membeli kondominium adalah angka keramat bagi kejatuhan dinasti Umno/BN dalam pilihanraya akan datang.
Angka boleh memberi petunjuk bagaimana kaum keluarga ahli politik Baraisan Nasional bergelumang dengan kemewahan hidup dengan wang rakyat. Lihat sahaja pendedahan yang dibuat oleh pegawai bank yang mengesahkan anak kepada Ketua Menteri Sarawak, membelanjakan wang sebanyak RM782,520.88 dalam tempoh enam bulan semasa perbicaraan kes tuntutan bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Shahnaz Majid iaitu kakak kepada penyanyi Sheila Majid.
“Ya, saya mengesahkan semua maklumat dalam penyata akaun kad kredit platinum American Express ini adalah milik Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib,” kata Musinah Manap, pengurus bahagian khidmat pelanggan Maybank dalam perbicaraan tuntutan nafkah sebanyak RM 400 juta oleh Shahnaz.
Dalam penyata bank itu, Mahmud Abu Bekir telah menggunakan kad American Express sebanyak RM166,332.37 pada bulan Januari 2012 ; RM148,763.88 pada Februari; RM102,236.85 pada Mac; RM172,193.23 pada April; RM39,454.70 pada Mei; dan RM153,539.85 pada Jun, menjadikan jumlah keseluruhan ialah RM880,958.91.

Angka-angka berikut pula menunjukkan bagaimana wang rakyat atau pembayar cukui dengan mudah disalahgunakan. Kementerian Pertahanan telah membeli empat buah RIV ( Rapid Intervention Vehicles ) dengan harga RM 2.67juta iaitu pada harga lebih kurang RM 690,000 sebuah. Kita mungkin akan mudah sahaja tertipu bahawa harga yang dinyatakan tersebut mungkin suatu harga yang munsabah sehinggalah Y.M Sultan Johor sendiri bersuara mempertikaikan harga yang amat tinggi tersebut. Media melaporkan pada 8/9/2012 Sultan Johor yang juga memiliki kenderaan RIV tersebut berkata baginda membeli sebuah RIV hanya pada harga RM 150 ribu sebuah.
Sultan Johor menyatakan “ tidak seorang pun yang sepatutnya mengambil manfaat dengan pembelian RIV tersebut bagi mendapat keuntungan peribadi”. Hanya setelah Sultan Johor bersuara barulah Zahid Hamidi tersipu-sipu mengarahkan siasatan dijalankan !!
Hakikatnya angka pembelian alat-alatan oleh Kementerian Pertahanan dengan harga yang jauh melambung tinggi bukanlah perkara baru. Pada tahun 2008 rakyat telah didedahkan bagaimana Kementerian Pertahanan telah membeli 12 buah Eurocopter Cougar EC725 pada harga RM2.3 bilion atau RM193juta sebuah sedangkan Kerajaan Brazil telah membeli model yang sama pada harga RM 82.8 juta sebuah . Lihat bagaimana wang rakyat sebanyak RM 111juta disonglap di siang hari !!!
Angka juga menunjukkan hutang. Suatu yang ironi dalam keadaan Najib berbangga kononnya beliau telah melakukan transformasi ekonomi Malaysia, hutang negara semakin meningkat setiap tahun. Hutang Kerajaan Persekutuan di bawah BN telah meningkat secara mendadak daripada RM242 bilion pada tahun 2004 kepada RM 363 bilion dalam tahun 2009 dan RM 456 bilion pada tahun 2011 dan bagi tahun 2012 hutang Negara dijangka akan meningkat sehingga RM520 bilion. Jika diterjemah dalam bentuk peratus hutang Negara telah meningkat sebanyak 107.4 peratus dalam masa 8 tahun. Apa yang menakutkan rakyat adalah liabiliti kontinjen ( contigent liability ) Kerajaan dijangka akan meningkat pada tahun 2013 hasil dari perbelanjaan RM53 bilion bagi projek MRT dan projek-projek mega yang lain .
Yang lebih menyenakkan perut rakyat adalah syarikat kroni Umno yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga mempunyai penggabungan hutang yang melambung iaitu sebanyak RM34.3 bilion sedangkan syarikat-syarikat yang beliau ada kepentingan tersebut hanya dijangka mempunyai wang tunai sekadar RM 7.8 bilion setakat bulan Mei tahun ini.
Yang lebih mengejutkan meskipun dibelenggu dengan hutang yang banyak, syarikat-syarikat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary masih terus menerus diberi kontrak oleh Kerajaan BN. Baru-baru ini Jabatan Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa projek penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang akan diberikan kepada syarikat milik beliau. Juga menjadi berita yang hangat bahawa syarikat beliau dikatakan mendahului persaingan bagi mendapat projek penswastaan Pelabuhan Kelang (Northport Holdings) dan KTM Berhad.
Adakah rakyat lupa bahawa pada tahun 1998 apabila berlakuknya krisis ekonomi, syarikat kroni Umno, Renong Berhad yang mempunyai hutang sebanyak RM 20 bilion iaiitu sebanyak 7 peratus dari keseluruhan hutang sektor perbankan di Negara ini . Hutang yang melambung tinggi menyaksikan beberapa bank jatuh bankrap. Ia bukan sahaja mendatangkan kerugian kepada para pelabur dan keruntuhan pasaran saham , wang kita semua sebanyak RM 10 bilion juga disalahguna oleh Kerajaan BN untuk selamatkan kroni Umno ini. Tidak mustahil perkara yang sama akan dilakukan ke atas Syed Mohktar yang semua tahu adalah kroni Umno.
Bercakap tentang angka pemimpin MCA pula nampaknya buta angka. Timbalan Menteri Kewangan , Datuk Donald Lim dengan tanpa segan silu berbohong di Parlimen apabila beliau menuduh tanpa bukti bahawa sejak Pakatan Rakyat ambil alih Selangor pada tahun 2008 tiada satu rumah kos rendah pun dibina oleh Kerajaan PR Selangor.
Apabila ditunjukkan dengan angka sebenar oleh YB Tony Pua, “Sibuta angka” MCA ini masih tidak dihukum oleh Speaker Parlimen di bawah Aturan 36 ( 12 ) Standing Orders kerana berbohong di dalam Parlimen. Kerajaan Selangor hakikatnya telah membina 23,637 unit rumah kos rendah termasuklah memulihkan semula 9,176 unit rumah akibat projek yang ditinggalkan.
ReadFull Article ..

Sabtu, 28 Desember 2013

Catatan dari Daurah Ramadhan di Pondok Tuan Guru Haji Salleh Musa Sik Kedah



Catatan Al Fakir (Helmi Assyafie) :
Alhamdulillah tahun ini 1434 / 2013 ALLAH 
Memberi peluang kepada saya dan sahabat dari Pondok sekitar Kedah , Kelantan dan Fathani serta ramai peserta dari Universiti serata negeri berkumpul di Madrasah Ar Rahmaniah Pondok Tuan Guru Hj Salleh Musa Sik , semata - mata ingin menimba ilmu Kitab Thurath Ahli Sunnah Wal Jamaah . 
Tuan Guru Hj Salleh Musa tokoh ulama pondok yang berusia 85 tahun yang merupakan Tuan Guru Pondok tertua yang belajar di Makkah bersama Syeikh muktabar ,
ini salah satu faktor seluruh pelajar pondok sekitar Kedah , Kelantan , Fathoni akan berkumpul di Pondok Ar Rahmaniah Sik setiap kali menjelang Ramadhan semata ingin menadah kitab hingga mendapat ijazah khusus dan menumpang barakah ilmu ulama yang pernah berhubungan sanad pelajaran dengan syeikh muktabar Makkah seperti 
Syeikh Wan Ismail Fathoni , Syeikh Yassin Fadani , Syeikh Abdul Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi , Syeikh Amin Qutbi dan lain-lain ulama di Makkah . 

Program ini telah berjalan lebih dari 15 tahun dulu tetapi kebelakangan ini lebih dari 4 ke 5 tahun sambutan amat baik .
Tahun ini peserta daurah melebihi 300 orang lebih . 
Unik Daurah kali ini apabila ramai peserta UNIVERSITI seluruh negara termasuk UIA , USIM ,UM, UUM, UPM , Makatab peguruan , dan kolej-kolej ramai yang menyertai daurah . 
Sausana ini amat baik dalam membentuk pemikiran pemuda dalam Manjah Fikrah Ahli Sunnah Wal Jammah . 
Ikatan Silaturahim ini amat penting bagi membina satu kekuatan kepada pemuda agar mereka keluar kepada masyarakat mereka akan menjadi pemimpin yang menefaatkan ilmu aliran Ahli Sunnah Wal Jammah. Ini adalah satu usha bagi menyumbangkan kebaikan hasil ilmu yang mereka pelajari kepada masyarakat pada masa hadapan , 
dengan sumbangan ini maka Islam akan kuat , dakwah akan terus subur mengikut tapisan aliran yang sahih . 

Jadual harian pengajian amat padat , keseluruhan peserta menunjukkan minat yang luar biasa , ada dari kalangan peserta  mengikuti keseluruhan kelas yang diadakan  .Insya Allah mereka yang mengikuti daurah ini akan keluar sebagai Daie/ pendakwah yang ikhlas menyebarkan ilmu Allah dalam masyarakat kelak.

Bergabungnya antara pelajar pondok dan universiti akan melahirkan satu pemikiran yang terbaik bagi memastikan gerak kerja dakwah akan lebih menarik bagi  mendekati masyarakat  kepada ilmu dan ulama . 

Insya Allah kami akan mengadakan satu majlis khas pertemuan antara sahabat Facebook dalam satu masjil yang sedang dirangka khas bagi memastiakan dakwah disebarkan bukan sahaja di Madrasah tetapi lebih dari itu dengan membinan satu rangkaian yang luas dengan terbentuknya kesatuan fikrah antara pelajar pondok dan unversiti bagi memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah 
Makan secara jemaah disepanjang tempoh daurah bagi merapatkan silaturahim antara satu sama lain .
Makanan berbuka dan sahur disediakan oleh pihak madrasah secara percuma ini bagi membuka ruang kepada masyarakat agar mereka bersama turut terlibat dalam menjayakan program kebajikan terutamanya
kepada ahli ilmu .



ReadFull Article ..

Jumat, 27 Desember 2013

GAMBAR Artis Bergaya Funky Di Shout Awards

Shout Awards


Jumaat lalu telah menyaksikan para artis bergaya funky di majlis anugerah Shout Awards 2012.
Majlis yang telah berlangsung di Sunway Lagoon itu membuatkan ramai artis berada dalam mood ala-ala tepi pantai gitu.
Dengan bertemakan ‘Steampunk’, lihat saja bagaimana barisan selebriti ini bergaya sakan.








Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
ReadFull Article ..

Awi Rafael Sudah Temui Pengganti Hanez Suraya


Setelah beberapa bulan hubungan cinta antara penyanyi Awi Rafael dan pelakon Hanez Suraya berakhir, tersebar khabar angin mendakwa kononnya Awi Rafael mula menjalinkan hubungan cinta dengan Sasha Saidin.

Dan dalam masa yang sama timbul juga spekulasi yang mengatakan bahawa Hanez Suraya sudah bertemu teman lelaki baru, berikutan tersebarnya beberapa foto mesra mereka sekitar 17 September lalu.

Bagaimanapun, masing-masing telah menepis khabar angin tersebut dan menjelaskan bahawa hubungan mereka sekadar teman biasa sahaja.

Terbaru, penyanyi yang popular dengan lagu Kalau Aku Kaya ini dikatakan sudah menemui cinta baru. Gosip tersebut dikukuhkan lagi ekoran Awi memuat naik beberapa fotonya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Anne.

Ramai peminat yang memuji kecantikan gadis itu. Akan tetapi Awi telah membalas respon tersebut dengan menjelaskan bahawa dia dan Sarah sekadar teman biasa dan tiada sebarang ikatan istimewa antara mereka. Hmm…

Sumber: Malaysian Digest
ReadFull Article ..

Kamis, 26 Desember 2013

Gara Gara Nak Buang Bulu Alat Sulit Melecur!


Gara Gara Nak Buang Bulu, Alat Sulit Melecur!
Kuala Lumpur : Keghairahan seorang wanita menjaga kecantikan dalaman, membawa padah apabila alat sulitnya melecur tahap dua selepas menjalani terapi di sebuah pusat rawatan kecantikan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Lee, dikatakan terpengaruh dengan iklan membuang bulu roma menggunakan teknologi nano ditawarkan pusat kecantikan terkenal di ibu negara itu menerusi sebuah akhbar tempatan.
Bercakap pada sidang media di pejabat Biro Aduan Awam MCA, di sini semalam, wanita terbabit yang belum berkahwin dan bekerja sendiri, berkata dia mendaftar untuk menjalani terapi `Nano Light Hair Removal bagi tempoh dua tahun dengan kos RM3,500, Januari lalu.
Gara Gara Nak Buang Bulu, Alat Sulit Melecur!
Rasa sakit luar biasa
Saya menjalani enam sesi terapi dilakukan seorang ahli terapi sama, memang sakit tetapi tidak keterlaluan. Namun sesi 22 Julai lalu dikendalikan seorang ahli terapi lain dan sebaik bermula, kulit pada alat sulit saya mula rasa seperti terbakar dan sakitnya amat luar biasa.
Saya memberitahu ahli terapi berkenaan, namun wanita itu memaklumkan ia perkara biasa dan terus menjalankan terapi selama 20 minit. Selesai sesi itu, alat sulit saya semakin sakit dan ada kesan lecur pada kulit, lalu terus ke sebuah pusat perubatan untuk rawatan. – Berita Harian Online
ReadFull Article ..

Bront Enggan Isu Nikah Terus Kecoh


PELAKON Bront Palarae membuat keputusan untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinannya di Hatyai, Thailand hujung tahun ini kerana tidak mahu isu berkenaan terus menjadi kecoh.

Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 34, berkata, dia juga enggan majlis itu nanti menjadi bualan ramai.

“Kalau pernikahan kecil ini pun dah kecoh, apalagi kalau saya buat majlis resepsi di Kuala Lumpur.

“Jadi adalah lebih baik saya adakan majlis di kampung ibu saya, Hatyai pada hujung tahun ini. Jika ada yang masih ingin mencari berita tentang saya, jemput datanglah,” katanya kepada mStar Online.

Bront ditemui pada majlis pratonton super telefilem NY Cinta di TGV Cinema, Sunway Piramid di sini pada Khamis.

Pernikahan Bront dengan kenalan lamanya yang berlangsung di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dekat sini pada 31 Ogos lalu menjadi kontroversi apabila pelakon itu berhajat menyembunyikan majlis itu.

Bagaimanapun tindakan Bront itu gagal apabila wartawan sebuah akhbar dapat menghidunya tetapi malang sekali pelakon tersebut meminta jurugambar memadam gambar-gambar pernikahan yang dirakamkan.

Majlis pernikahan tersebut hanya dihadiri oleh saudara terdekat pasangan itu. Kedua-dua mempelai telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kawasan Masjid At-Taqwa iaitu Muda Ali dengan mas kahwin sebanyak RM30.

Dalam pada itu Bront berkata dia dan isterinya ketawa membaca laporan mengenai pernikahan mereka yang menjadi sensasi.

“Sejujurnya, apabila membaca pelbagai berita tentang kami, kami tergelak tetapi dalam keadaan yang serius,” ujarnya yang enggan mendedahkan identiti isterinya itu.

Dalam pada itu, Bront turut berkongsi rasa gembira selepas seminggu bergelar suami dan mengakui bersedia untuk bergelar bapa.

“Sebelum ini saya dan isteri sudah lama berkawan dan apabila bergelar suami isteri perasaan pelik itu ada. Mungkin rasa tanggungjawab sebagai suami itu dah ada selain perkahwinan ini sekali gus buatkan saya rasa lebih matang.

“Malah saya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah pula,” tuturnya. – mStar
ReadFull Article ..

Rabu, 25 Desember 2013

Alasan Mengapa Pria Lebih Baik dari Wanita dalam Mengemudi

Seringkali terdengar candaan yang mengatakan bahwa wanita tidak mampu mengemudi sebaik pria, hal ini ternyata benar, karena ilmuwan menemukan alasannya. Pria lebih baik saat mengemudi dibanding wanita karena pengaruh hormon testosteronnya.

Ketika mengemudikan mobil atau kendaraan lain, seseorang membutuhkan kendali arah yang baik, hal ini dapat dipengaruhi oleh hormon testosteron. Menurut sebuah studi analitis, testosteron inilah yang menyebabkan kemampuan navigasi spasial pria lebih baik daripada wanita.

"Penelitian yang kami lakukan sebelumnya menunjukkan bahwa wanita yang mendapatkan testosteron mengalami peningkatan ketrampilan dalam hal navigasi," kata Justin Rhodes, profesor psikologi di University of Illinois, yang memimpin penelitian tersebut.

Selain memiliki kemampuan navigasi yang lebih baik, hormon testosteron juga dapat membuat pria lebih adaptif. Sifat adaptif ini memberikan keuntungan bagi pria agar lebih mudah menyesuaikan diri dengan keadaan atau hal-hal yang baru dan menantang.

Rhodes bersama tim peneliti yang lain menganalisa 35 studi lain yang mencakup data tentang rentang kemampuan spasial dari 11 spesies hewan, seperti cumi-cumi, tikus, rusa, kuda, dan lain sebagainya termasuk manusia.

Tim peneliti menemukan bahwa 8 dari 11 spesies tersebut menunjukkan bahwa pejantan atau laki-laki (pada manusia) memiliki kemampuan spasial yang lebih baik dari spesies betina atau perempuan (pada manusia).

"Temuan ini mendukung hipotesis yang seringkali diabaikan, bahwa pria lebih baik dalam hal navigasi spasial atau arah," tambah Rhodes, seperti dilansir Health India.
 
 
sumber
ReadFull Article ..

Selasa, 24 Desember 2013

Proton P3 21A – Review Gambar dan Harga

Salam semua,



Proton P3-21A Review!! Ikuti review model terbaru proton iaitu P321A sekali dengan detail specs dan harga. Ianya ulasan ringkas dari kelebihan dan di sertakan gambar sekali bagi mengenalpasti reka bentuk-nya.
Bagi yang ingin melihat lebih lagi gambar Proton terbaru ini boleh ikuti review penuh dari forblogger dibawah.
Proton P3-21A
Baiklah tanpa membuang masa ikuti review ringkas dari sedikit detail spec atau ciri-ciri dan harga Proton P3-21A ini.

 Nama Proton P3-21A adalah Proton Tuah?

Apakah nama Proton P3-21A adalah proton Tuah bila di lancarkan nanti? Pihak kami tidak dapat membuat kenyataan dan masih juga tertanya apakah nama keramat bagi model proton terbaru P3-21A ini. Namun dekian mungkin juga nama keramat yang dinanti bagi model ini adalah Proton Tuah. Lihat gambar dibawah :-
Nama Proton P3-21A adalah Proton Tuah

Harga Proton P3-21A

Harga proton P3-21A ini adalah sesuatu yang penting dalam jualan dan sambutannya akan datang oleh rakyat Malaysia. Namun demikian memandagkan ianya masih belum di lancarakan kami pun tidak tahu. Jesteru itu kami mencari dan cari lalu terjumpa kenyataan ini di sebuah site :-
Sumber dalaman berkata, model yang dikenali dengan nama kod P3-21A itu akan dijual pada harga antara RM60,000 hingga RM70,000 seunit, sekali gus menepati tanggungjawab syarikat sebagai pengeluar kereta nasional yang sentiasa memasarkan kereta dengan harga mampu milik tanpa berkompromi dengan tahap kualiti – via Enciknakal on Kereta Proton P3-21A Baru.

Review Proton P3-21A

Inilah model yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh sebahagian rakyat Malaysia, P3-21A dan berita mengenainya tidak henti-henti dan semakin panas diperkatakan sejak tahun 2010 lagi.
Banyak informasi yang saya ingin kongsikan pada anda semua kali, ada diantara ciri-ciri nya telah pun kita semua ketahui sebelum ini yang telah didedahkan oleh rakan-rakan dan Tun Mahathir juga di blognya chedet.cc, tetapi banyak lagi rupanya ciri-ciri lain yang masih belum di kenalpasti. Antaranya adalah seperti berikut.
Ciri-ciri Proton P3-21A
  1. Auto fold/unfold side mirror - Side mirror akan automatik fold setiap kali alarm kereta diaktifkan, dan automatik unfold selepas kenderaan bergerak selaju 5km. Selain itu ada juga butang untuk kegunaan manual seperti yang ada pada Exora BOLD
  2. Auto Off Rear Demister - Mengelakan tint menggelembung
  3. Follow Home Lamp
  4. Headlamp Warning Buzzer
  5. Trunk Remote Release
  6. Front & Rear Socket 12V - Terdapat di bahagian hadapan dan belakang
  7. Utility Hook - Terdapat pada ruang penumpang hadapan seperti Exora, dan juga di ruang belakang pada area ‘pilar B’
  8. Low Rear Hump - Ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempit dengan kini bonggolan tengah di lantai ruang kaki belakang lebih rendah
  9. Front & Rear Fog Lamp
  10. Anti-Trap Power Windor - Driver side only
  11. Seat Material - Water repellent Fabric. Seat boleh fold 60:40. Material sangat lembut dan selesa
  12. Smart Info Display (SID) - Mempunyai 3 bacaan kilometer, Trip A, Trip B dan Trip C. Terdapat pelbagai lagi maklumat seperti memberi amaran jika bateri pada kunci lemah dan lain-lain
  13. Autolock & Advance Lock System
  14. Magnisium Inside Door Handle
  15. Keyless Entry - Tiada lubang kunci pada keempat-empat pemegang pintu
  16. BOSCH Head-Unit - 2-Din, Touch Screen Monitor, Navigator, Bluetooth, USB, AUX, MP3
  17. YES WiFi Modem - In-car Internet, first ever car in Malaysia, coverage Semenanjung Malaysia
  18. S-Mode (Sport) - Terdapat pada gear column (P-R-N-D-S), S-Mode akan menambah RPM sebanyak 1,000 secara serta-merta untuk pemanduan lebih agresif
  19. BCM - Body Control Module.
Keluasan P3-21A
  1. Panjang : 4.543m
  2. Lebar : 1.786m
  3. Berat : 1.524m
Size luar keseluruhan dan keluasan kereta proton P321A menunjukkan P3-21A lebih besar daripada City, Vios, Forte, Altis & Civic.
Casis Proton P3-21A
  1. Boot Space : 508 liter (Terbesar diantara City, Vios, Forte, Altis & Civic)
  2. Turning Radius : 5.3 meter
  3. Full Tank Capasity : 50 littre
  4. Aerodynamic (Rintangan Angin) : CD Factor = 0.30 - Untuk perbandingan, Audi TT memiliki CDFactor = 0.29. Secara theory nya, semakin kurang rintangan angin, semakin kurang penggunaan petrol :D
Spec Engine Proton P3-21A
  1. 1.6L CFE with 7-speed Pro-Tronic CVT3 (VVT) - 205Nm @ 2,000rpm ; 140PS
  2. 0-100km/h: 9.6 saat - Untuk perbandingan, Kia Forte 1.6: 12.5 saat.
Jenis Model Proton P3-21A
  1. Executive MT, 1.6 IAFM+ 5-Speed MT
  2. Executive CVT, 1.6 IAFM+ 6-Speed CVT
  3. Premuim CVT, 1.6 CFE 7-Speed CVT.
Jenis Warna Kereta Proton P3-21A
  1. Solid White
  2. Tranquility Black
  3. Genetic Silver
  4. Fire Red
  5. Blue Lagoon

Kelebihan Proton P3-21A

  1. Auto Cruise Control
  2. Keyless Push Start (ON/OFF)
  3. Magnesium Paddle Shift 7-speed & Manual Mode (+/-) on gear column
  4. Audio Switch Steering Control
  5. Soft touch plastic dashboard
  6. Emblem on Steering Wheel
  7. ISOFIX
  8. Rain Sensor
  9. Light Sensor
  10. Day light Front LED
  11. Sport Rim 16″ (10 Spoke)
  12. Multi-link rear suspension with Lotus RIDE & HANDLING.
Sekian review Proton P3-21A daripada saudara Nazz yang begitu lengkap dari jenis warna, kuasa engine, keluasan, kelajuan, kapasiti, cir-ciri, kelebihan dan banyak lagi begitu juga harga proton P3-21A yang di sertakan.[sumber]
ReadFull Article ..

Napi Pake HP di Penjara! gimana tuh

JAKARTA (Pos Kota) – Mudahnya para narapidana (napi) memiliki alat komunikasi seperti handphone sehingga dengan mudah mereka menjalankan dan mengendalikan bisnis haram seperti peredaran narkoba dari dalam LP, disesalkan artis-artis muda dan senior, seperti Gita Gutawa, Agnes Monica, Danny Carcia, Alana Pramanda Poetri Beilby, Sisca vokalis Canon Ball, dan Zarima Mirafsur.

Ruang Info | Napi Pake HP di Penjara
”Kalau memang ada larangan, harusnya kan petugas LP lebih ketat lagi melakukan pengawasan,” kata Gita Gutawa.

Putri musisi Erwin Gutawa yang sempat menjajal akting di FTV Ajari Aku Cinta ini, mendesak Kemenkum dan HAM segera bertindak. “Jika ada petugas melanggar peraturan tersebut dengan membiarkan para napi memiliki HP, maka harus dikenakan sanksi berat agar kapok,” tegasnya.

“Tindak tegas oknum sipir atau petugas LP lainnya yang terlibat dan tidak menjalankan tugasnya dengan benar,” timpal penyanyi Alana Pramanda Poetri Beilby.

“Jika di dalam LP mereka masih bisa menjalankan bisnis narkoba, jelas ada keteledoran dari pihak LP. Atau, mungkin, ada main antara petugas dengan napi sehingga para napi dengan mudah memiliki HP,” duga Sisca, vokalis Cannon Ball.

Contoh kasus, satu pabrik ekstasi di kawasan Penjaringan, Jakarta Utara, digerebek Polda Metro Jaya. Dari tangan pelaku yang berinisial NN, petugas menyita ribuan butir pil gedek. Kepada petugas, NN mengaku bisnisnya ini dikendalikan oleh SG, napi di LP Salemba. (Pos Kota, 29/10)

KETERLALUAN

Sementara itu, mantan napi kasus narkoba, Zarima Mirafsur, mengatakan bahwa penggunaan HP di dalam LP bukanlah sesuatu yang baru. “Itu bukan rahasia lagi. Karena aturan yang ada di dalam LP tidak tegas. Mereka yang berduit bisa dengan mudah memiliki HP,” terangnya.

“Itu sudah sangat keterlaluan!” cetus Danny Carcia yang beberapa kali menggelar konser anti narkoba. “Harus dilakukan penertiban dan razia besar-besaran oleh pihak terkait, baik Kemenkum & HAM maupun kepolisian. Petugas yang melakukan penyimpangan harus dipecat langsung, atau kalau perlu jebloskan juga ke penjara,” tegasnya.

“Waduh! Setahu saya itu nggak boleh. Jika ada napi yang memiliki HP, maka itu jelas-jelas menyalahi aturan. Jadi, harus ditindak tegas, dong! Jangan dibiarkan begitu,” ujar Agnes Monica.

Dia juga mendesak segera ada langkah tegas dari Kemenkum & HAM. “Seandainya melibatkan oknum petugas di dalam penjara, ya harus ditindak tegas juga. Pokoknya, jangan sampai berlarut-larut, apalagi sampai digunakan untuk hal yang negatif,” tegasnya.

Sumber : http://www.poskota.co.id/berita-terkini/2010/10/31/artis-gerah-dengar-napi-pakai-hp-di-penjara
ReadFull Article ..

Senin, 23 Desember 2013

Kisah Nyata Hakim Tinggal Berdesak desakan di Rumah Dinas


SABTU, 7 APRIL 2012

Rumah kontrakan hakim Doni





JAKARTA - Keterbatasan anggaran dari negara memaksa para hakim mengetatkan ikat pinggang untuk bisa hidup. Tidak hanya di luar Jawa, di Jawa Barat yang tingkat perekonomian lebih terjangkau pun kesejahteraan hakim masih jauh dari layak.

"Suami saya dinas di kabupaten tetangga. Berangkat Senin pagi pulang Jumat. Di sana nginep di rumah dinas ketua pengadilan, ramai-ramai dengan 5 hakim lainnya," ujar istri hakim Abduh, Eni saat berbincang dengan wartawan, Sabtu, (7/4/2012).

Rumah dinas tersebut berada di sebelah kantor pengadilan dan berhimpitan dengan mushola. Jangan pernah berpikir rumah dinas ukuran 6x9 meter tersebut ada unsur kemewahan. Sebab mereka harus berbagi kasur di lantai untuk bisa merebahkan badan di kala malam datang.

"Kalau makan beli di Warung Tegal (Warteg) atau Nasi Padang," ujar Eni.

Berdinas di Jawa Barat pun didapati setelah 14 tahun bertugas di utara Sulawesi. Saat pertama bertugas di Sulawesi, mereka menumpang di rumah kepala sekolah SD. "Kalau ngontrak sendiri mahal. Kebetulan saya kenal dengan kepala sekolah SD tersebut dan diberi kemurahan hati numpang di rumah tersebut karena tidak ditempati. Jadinya, oleh tetangga suami saya dikira guru SD," cerita Eni.

Jika hakim di Jawa Barat masih berdesak-desakan dalam satu rumah dinas untuk bernaung, maka di Kalimantan lebih miris lagi. Para hakim ada yang bertahun-tahun menginap di kantor pengadilan untuk menyiasati penghasilan yang pas-pasan. Sebab untuk mengontrak rumah, uang dari gaji tidak mencukupi. Sedangkan rumah dinas tidak ada.

"Kalau siang jadi ruang kantor, malamnya menggelar kasur di selasar meja ruang kerja," ujar seorang hakim yang tidak mau disebut namanya.
ReadFull Article ..

Pilot Sakit Penumpang Mendaratkan Boeing 747 dengan Selamat


Pilot Sakit, Penumpang Mendaratkan Boeing 747 dengan Selamat
Ilustrasi 
DUBLIN - Seorang penumpang maskapai penerbangan Jerman, Lufthansa menjadi pahlawan, setelah ia berhasil mendaratkan pesawat yang ditumpanginya dengan selamat di bandara Dublin, Irlandia, Senin kemarin, setelah Kapten pesawat jatuh sakit.

Saat itu pesawat berjenis
Boeing 747 itu tengah melintasi Samudra Atlantik ketika perwira pertama pesawat Lufthansa itu jatuh sakit. Seperti diberitakan oleh Asiaone.com, (23/11/2012).
Pesawat yang menempuh perjalanan dari Newark ke Frankfurt itu segera dialihkan ke Dublin, setelah kemudian co-pilot pesawat mengalami migrain yang melumpuhkan.

Ketika awak kabin mengumumkan pesawat sedang dialihkan, seorang pilot yang sedang tidak bertugas yang kebetulan menjadi penumpang pesawat, segera ditawarkan untuk membantu.

Pria berkewarganegaraan Jerman itu segera mengambil alih kemudi pesawat dan mendaratkannya di bandara ibukota Irlandia  pada pukul enam pagi.

Unit Investigasi Kecelakaan Udara Irlandia tengah meninjau kasus ini.
Seorang juru bicara maskapai Lufthansa mengatakan, penumpang yang mendaratkan pesawat itu, memiliki lisensi untuk menerbangkan dan mengoperasikan Boeing 747.

"Dalam keadaan seperti itu prosedur menetapkan bahwa untuk pilot, kapten penerbangan, untuk terus mengoperasikan pesawat," katanya. (asiaone.com)
 TRIBUNNEWS.COM
ReadFull Article ..

Minggu, 22 Desember 2013

Sanggup menyewa demi anak yang mahu hidup di bandar

Wartawan Sinar Harian
31 Oktober 2012
Sanggup menyewa demi anak
Ramlah (dua, kanan) menerima bantuan sewa rumah disampaikan Wan Salman (kiri) sambil diperhatikan Zulkarnain (kanan).
BANDAR TUN RAZAK - Seorang ibu tunggal sanggup menyewa rumah demi menyekolahkan lima anaknya di bandar walaupun dia merupakan anak kepada peneroka Felda Jengka 17.

Ibu tunggal terbabit, Ramlah Md Jaafar, 38, berkata, selain memenuhi kehendak anak yang lebih suka tinggal di bandar, dia juga tidak mahu menumpang di rumah ibu bapanya.

“Walaupun bimbang jika tuan rumah meminta kami berpindah, namun saya tidak mahu hidup menumpang keluarga kerana rumah itu turut didiami adik-beradik lain.

“Justeru, saya memohon bantuan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) supaya kami sekeluarga tidak perlu berpindah-randah lagi,” katanya.

Ramlah dikatakan baru sahaja empat tahun menetap di rumah sewa itu dengan bayaran RM200 sebulan. Sebelum ini, dia pernah menetap di beberapa rumah lain di sekitar kawasan terbabit.

Bagaimanapun Ramlah berkata, kini dia bersyukur kerana terpilih menerima bantuan sewa rumah berjumlah RM1,488 setahun melalui Peruntukan Bantuan Sewa Rumah di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, Khamis lalu.

“Alhamdulillah. Bantuan ini dapat membantu meringankan beban saya kerana sebelum ini saya terpaksa berjimat-cermat untuk membayar sewa rumah. Justeru, saya berterima kasih di atas usaha kerajaan dalam mewujudkan bantuan sebegini untuk meringankan beban rakyat,” katanya.

Bantuan itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka, Wan Salman Wan Ismail dengan kerjasama Majlis Daerah Maran (MDM) diwakili Pengurus MDM cawangan Jengka, Zulkarnain Ishak.

Wan Salman berkata, skim bantuan sewa rumah itu sebenarnya sudah diwujudkan sebelum ini dan diberikan kepada orang berbeza setiap tahun.
ReadFull Article ..

Sabtu, 21 Desember 2013

Lelaki mahu beli tanah kena tipu RM66 000

IPOH - Seorang pekebun sayur ditipu oleh seorang lelaki yang mendakwa sebagai anak saudara kepada seorang bekas ahli Parlimen dalam urusan pembelian tanah yang mengakibatkan kerugian lebih RM66,000 awal tahun lalu. 

Chiew Kok Kheong, 43, dari Chemor dekat sini berkata, dia menyerahkan wang tersebut secara tunai selain mendepositkan ke dalam akaun bank isteri lelaki terbabit sebelum menyedari dia telah diperdaya.

Berikutan itu dia telah membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit dan menyerahkan bukti slip pembayaran kepada pihak berkuasa tetapi sehingga sekarang tiada tindakan diambil.

"Saya diperdaya kononnya suspek memiliki lebih 323 hektar tanah ladang kelapa sawit dan getah di Gerik serta Sungai Siput.
"Dia memberi jaminan bahawa saya boleh mengusahakan ladang-ladang tersebut, menoreh getah dan memetik sawit, namun malangnya dia gagal membuktikan ladang-ladang itu wujud," dakwanya.

 kosmo.com.my
ReadFull Article ..

Cara Presiden China Melindungi Isterinya Dari Ciuman Presiden Bush



Gambar ini diambil ketika Presiden China datang ke Amerika..
isterinya di cium dan dapat berbuat apa-apa...


Ini pula lawatan balas..kerana ada pengalaman dia berjaya
melindungi isterinya daripada di cium Bush.

ReadFull Article ..

Jumat, 20 Desember 2013

Johan Lana Bukan Punca Mak Saya Bersedih


Minggu ini nampaknya kisah cinta ‘kilat’ di antara aktor Johan As’ari dan Lana Nodin masih menjadi perhatian dan perbualan semua pihak.

Sejak pendedahan kisah cinta mereka, minggu lalu, bermacam spekulasi yang timbul berhubung perkara tersebut.

Sebelum ini kalau anda perasan, ibu Johan, Datin Firdaus Datuk Abdul Kader, ada memuat naik sekeping gambar di Instagramnya yang kedengaran seperti dirnya sedang bersedih di kala itu.

Lantas, peminat di luar sana mengandaikan ibu Johan bersedih di atas pilihan hati anaknya itu.

Mengulas mengenai perkara itu, pelakon berusia 27 tahun itu menjelaskan Lana bukanlah punca ibunya bersedih.

Sebaliknya, kesedihan emaknya itu adalah disebabkan kematian emak saudaranya, baru-baru ini.

“Sebenarnya, foto tersebut tidak ada kena-mengena dalam hal kami berdua. Ibu bukan bersedih pasal Lana. Ibu saya bersedih selepas mak saudara saya meninggal dunia di Melaka,” katanya memetik laporan portal Ohbulan.

Selain itu, Johan juga menyatakan bahawa ahli keluarganya tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan untuk tidak menerima kekasih hatinya itu.

Sebaliknya, keluarganya memberikan ruang kepada dirinya untuk lebih mengenali hati budi Lana.

Johan sebelum ini dilaporkan melamar Lana menjadi isterinya selepas tiga kali berturut-turut keluar dating pada bulan lalu.

Perkenalan kedua-duanya dikatakan bermula pada satu majlis anugerah hiburan yang diadakan pada 18 Oktober lalu.

Oleh: AUDREY LEE
ReadFull Article ..

Alyah Tutup Instagram Tertekan Di Hentam Peminat

Alyah Tutup Instagram Kerana Enggan Di Hentam Peminat | Alyah diberitakan akan mengambil keputusan menutup akaun Instagramnya dalam masa terdekat  bagi memberi fokus penuh kepada proses penghasilan album terbarunya.

Alyah Tutup Instagram Kerana Enggan Di Hentam Peminat

"Saya akan tutup Instagram buat sementara sebab saya perlu fokus pada album terbaru saya.

"Bukan saya tak hargai peminat tapi saya lebih suka peminat terima saya seadanya. Lebih baik saya ada seorang peminat yang begitu daripada ramai peminat tapi menghentam saya," kata Alyah lagi.

Alyah yang kini berusia 32 tahun mengakui tertekan apabila membaca komen-komen berbaur hentaman yang ditulis pengikutnya di Instagram itu.

"Saya suka baca komen-komen itu tapi apabila dah terbaca, saya tertekan," Tambah Alyah yang berharap album terbarunya itu dapat disiapkan selepas Hari Raya Aidilfitri ini. sumber

ReadFull Article ..

Kamis, 19 Desember 2013

Misteri Di Sebalik Kota Mekah


Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”

Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.
Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)
Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)
Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.
Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.
Rasulullah SAW bersabda:
“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)
ReadFull Article ..